Skip to main content

Posts

Gatal

Saya menuruti pesanan kaunselor saya supaya menulis tentang kebaikan-kebaikan dan sebab mengapa ia perlu diberikan perhatian, mengapa perlu direnung lagi, mengapa perlu dihargai kehidupan ini. Tapi sekarang, saya terjaga dari lelap sebentar tadi, kerana kegatalan. Tergaru-garu. Kenapa seminggu dua ini kulut saya sangat sensitif? Ketika begini apa yang saya nak hargai. Arhhh

Balik Kerja

Saya tidur lewat. Beberapa kali mengulang main video temubual tokoh budaya. Ada esei perlu disiapkan. Dengar, ulang, catat. Dengar lagi. Ulang lagi. Catat lagi. Saya lelapkan mata. Bangun awal dan mandi. Mimpi saya kosong. Tak ingat apa pun. Dada sekah. Napas termengah-mengah. Jantung berdegup kencang. Kesan rokok. Kafein terlebih. Pra-gastrik acap menyerang sejak akhir-akhir inim Kali terakhir medical checkup - empat tahun lalu. Betapa lega; tak ada hiv. Paru-paru makin tebal. Tapi masih sedut. Menikmati. Putih atau keretek. Cuba berhenti. Vaping. Tak jadi apa. Makan pisang macam awak kata. Makan nenas, betik. Minum susu. Semua sebab awak kata. Boleh cuci peparu. Saya percaya walaupun tahu mengarut. Penipuan kalau dikerapkan hari-hari akan menjadi kebenaran - Joseph Goebbels. Awak masih dengan Dunhill?. Mahal. Saya di rumah. Naik Grab tadi dari ofis. Hujan. Zuriatnya meleleh-leleh di kaca tingkap kereta. Cahaya-cahaya bangunan hancur dalam butiran anak hujan. Dingin. Saya hembus napas...

Bercakap

Aku tak pernah percayakan kaunselor. Mungkin sebab pengalaman di sekolah, kaunselor yang sepatutnya menyimpan kemas masalah dan luahan pelajarnya tetapi menyebarkannya kepada cikgucikgi lain, maka aku merasakannya begitu. Hari semalam buat pertama kali aku bercakap dengan kaunselor. Entah kenapa aku tiba-tiba ada keinginan begitu. Yang terpendam dan tersimpan, walau bukan semua, diluahkan. Sedar tak sedar satu jam aku bercakap walau terasa singkat. Kaunselor itu banyak mendengar, sesekali bertanya dan pada akhirnya mencadangkan beberapa hal untuk aku lakukan agar dapat melupakan hasrat 'tidak baik' aku. Aku tersengih dan berjanji melakukannya. * Aku tidak pernah sukakan mimpi siang. Dan aku jarang tidur masa tersebut. Mimpi ngeri yang kualami beberapa hari lalu; pandangan mataku dipaksa menyorot ke suatu rumah kosong dan melihat satu persatu ahli keluargaku disembelih dengan parang; ngeri, darah, lolongan, jerit dan tangisan. Imej itu masih jelas sehingga kini. * Kau dah kahwin...

Pilihan

Hari ini ada beberapa benda aku lupa. Lupa beli oat, lupa beli topup, lupa cuci muka, lupa beli pisau cukur. Nyatalah lupa bukanlah merawati luka tetapi lupa adalah keraguan sementara, nikmat sebentar atau perampas keghairahan. Setiap hari kita akan lupa, terlupa, yang kecil atau besar. Tapi hal yang kita benar-benar mahu lupakan selalu tak berlaku. * Hari ini hari pencegahan bunuh diri sedunia. Aku kini percaya, bunuh diri adalah satu pilihan. Pandangan ini berubah, daripada memandangnya sebagai kengerian yang berdosa, tiada iman, pelakunya tidak kuat lembik dan sekarang, ia pilihan bersebab dan kalau bersebab betul, wajar dihormati. Aku teringin melakukannya. Pernah mencuba tetapi gagal. Mungkin suatu masa, kalau aku benarbenar memerlukannya, akan kulakukan, cuba lagi. Tapi buat masa sekarang, aku akan cuba menghapuskan keinginan ini, dengan melupakan - suatu nikmat sebentar.

Ledakan

Cherish that which is within you, and shut off that which is without; for much knowledge is a curse. - Zhuangzhi, filasuf China. Kecilkan apa yang kita hendak tahu dari limpahan maklumat pada zaman ini. Tahu banyak pun membuat otak kita tidak tersusun. Atau seperti tajuk buku Nisah Haron, menulis mengatur diri berpikir. Maka tulislah supaya yang berselerak itu dapat menjadi sumbu fikiran kita.

Solo Loewe

Every time I travel, your perfume asks me for you, Like a child asking for his mother to come back. Imagine, Even perfumes know about distance, and exile - Nizar Qabbani * Masa darjah 3 buat pertama kalinya saya menemukan perkataan 'melumurkan' (dari kata lumur) dalam buku berilustrasi dan  berwarna tentang sahabat nabi iaitu Mus'ab Umair. Buku itu menceritakan tentang Mus'ab ketika belum Islam adalah seorang yang berpakaian kemas dan suka melumurkan wangian ke seluruh tubuhnya. Seolah ada kuasa pada perkataan 'lumur' itu, walaupun pada ketika itu saya tidak mengerti maksud lumur seperti yang saya fahami sekarang, tetapi saya tahu ketika itu, melumurkan paling tidak bermaksud membubuh pewangi pada badan dengan lebih dari kebiasaan - saya kemudiannya menghabiskan minyak attar sehingga tinggal separuh saja, diselek dan sapu ke tubuh badan. Dan saya kecewa kerana ia tidaklah wangi seperti yang hidung saya fahami dari ilustrasi Mus'ab dalam buku ters...

Ulasan buku Rumah Kupu-kupu

Karya terbaru SM Zakir ini diiklankan sebagai novel sepatutnya mula dijual di PBAKL tahun ini. Tapi kerana PKP, penerbi Nusa Centre membuat jualan promosi kombo di Shopee yang berbaloi. Saya habis baca buku ini dalam sekali duduk, sambil berbaring di dalam bilik berpenyaman udara dalam mengisi waktu Ramadan tempoh PKP ini. SM Zakir menulis dalam semua bentuk penulisan; novel, cerpen, esei, puisi, ulasan dan kritikan filem, budaya dll. Tetapi saya paling gemar cerpen-cerpennya berbanding bentuk penulisannya yang lain. Ada beberapa cerpennya yang melekat di kepala seperti Kraken, Cendeng Biawak, Gerimis di Jakarta dan Belati di Pasir. Malah saya lebih suka karya-karya mutakhirnya yang lebih menyerlahkan imaginasi dan fantasinya berbanding cerpen-cerpen lamanya yang banyak mengangkat idea/budayanya. Sebab itu bagi saya kumpulan cerpen terbaiknya adalah Ular Di Tilamku yang terbit tahun sudah. Kumpulan cerpen ini mampu berkitar di ruang terhad kerana imaginasinya yang menyerono...