Skip to main content

Posts

Kepanasan bulan puasa.

Setiap kali bulan puasa pasti saya menemui pergaduhan di depan mata. Dua tahun lepas, dua orang pekerja Bangladesh di suatu sudut dekat Jalan Esfahan, saling memaki sebelum tangan masing-masing naik dan menyentuh pipi, dada dan perut. Pelepap pelepap pelepap; jelas kedengaran kulit berlaga kulit, desisan kecil dan rengusan nafas amarah. Saya yang kebetulan berada di antara mereka, sempat menenangkan dua orang itu yang kemudiannya masing-masing berdarah di hidung. Semalam di surau IPD Dang Wangi, seorang lelaki Arab sado bising-bising, menggawangkan tangan dan melurus telunjuk kepada seorang lelaki tempatan. Kebisingan itu berhenti sewaktu sembahyang maghrib. Mereka bergaduh mulut semula ketika mengambil hidangan berbuka. Si Arab makin melengking suaranya, dan menyebut fuck. Ramai yang menyalahkan si Arab sebelum menghalaunya keluar dari majlis berbuka puasa itu. "I am not Arab. Yes i am Muslim. In fact i learn Koran dan Shariah better tahn yours!" saya sempat dengar makiann...

Mengulang

P.Diddy dan rakan-rakannya menyanyikan Ill Be Missing You, yang asalnya dari lagu Every Breath You Take – The Police, tetapi diubah sedikit dan ditambah rap, ditujukan kepada Biggie Small yang terbunuh. Duo hiphop tempatan Too Phat menyadur banyak lagu tradisional ke dalam lagu-lagunya seperrti BOMOH, Anak Ayam dan Ala Canggung. Dalam album pertamanya Whuttadilly, trek paling saya suka adalah Too Phat Baby. Lagu ini disadur dari lagu Too Hot oleh kugiran AfrikaAmerika 60an dulu iaitu Kool and The Gang. Entah macam mana peliknya, kaset Kool And The Gang ada dijual di salah satu kedai kaset di bandar saya dulu. Saya membelinya dan mendengar Too Hot, di asrama sehabis pulang sekolah dan beberapa kawan saya mentertawakan saya setelah melihat kaver kaset tersebut. Kesemua proses saduran dan nyanyian semula ini saya anggap perulangan, tetapi memberi nafas baru. Saya anggap begitu juga dengan pembacaan. Apabila kita mengulang baca suatu buku kita akan menemukan sesuatu yang baru, ...

Ketakutan pagi

*Gambar: Palit, ibu kucing. Siang tadi buat pertama kalinya saya merasakan ketakutan yang dingin, yang sudah lama saya tidak rasakan. Ketika itu saya sedang membaca artikel How to Write Horror Fiction sambil berbaring melintang dari tilam, melunjurkan kaki ke muka pintu bilik. Kemudian saya terdengar desisan nipis sebelum ngeong ibu kucing saya, ia berlaku di hujung kaki saya. Saya terus mengangkat kepala dan ketika serta merta bangun, terkejut. Seekor tedung hitam, kembang kepalanya berdesis memandang saya. Si ibu kucing mengutik-ngutikkan kakinya ke ular itu. Ular itu mengundur lalu masuk ke bilik sebelah. Ada rasa ketakutan yang lain daripada biasa. Ini bukan kali pertama saya serempak ular. Beberapa bulan lepas ketika membuka pintu pagar untuk ke tempat kerja saya terjumpa seekor, hitam begini juga. Awal tahun lepas ketika saya membawa lembu saya merenggut rumput di pinggir hutan saya berjumpa ular begini juga. Mungkin sebab ruang yang sempit. Mungkin sebab ular itu menampakkan ...

Kiri dan berontak

Saya suka membaca autobiografi, biografi ataupun memoir.  Tapi setakat ini banyak yang saya baca adalah hasil tulisan oleh/tentang tokoh tempatan. Kalau bacaan dari luar negara lebih tertumpu pada individu non pemimpin seperti kerumitan hidup kerabat Arab Saudi, catatan mangsa diktator Libya, pelarian Korea Utara atau mangsa perang Timur Tengah. Saya mudah terpukau dengan tulisan oleh/tentang tokoh kiri seperti Burhanudin Helmi, Majid Salleh, Khatijah Sidek, Abu Samah Kasim, Abdullah CD, Chin Peng, Zulkifli Muhammad, Pak Sako dan ramai lagi. Kehidupan mereka berwarna warni dan ada yang mendukakan pengakhirannya sehingga saya menitiskan air mata membacanya. Nasib kebanyakan daripada mereka ternyata tidak indah. Mereka memegang suatu ideologi dan bertahan dengan kepercayaan mereka sehingga penghujung hayat. Sehingga sekarang perjuangan/pemberontakan bersenjata golongan kiri masih berlanjutan. Di Timur Tengah pejuang Kurdi masih mengangakat senjata. Zapatista di Amerika Latin tekal ...

Kejadian-kejadian dalam cerita Raymond Carver

'Saya dapat ingat apa yang terjadi suatu malam apabila ayah balik lambat dan mendapati emak telah mengunci semua pintu dari dalam. Dia mabuk, dan kami dapat merasakan rumah bergegar saat digoncangkannya pintu. Bila dia dapat membuka tingkap, emak memukul dengan colander (mangkuk tapis) dan jatuhkannya. Kami nampak dia di atas rumput. Beberapa tahun kemudian, saya cuba angkat colander ni - ia berat macam penguli - dan bayangkan apa rasanya kena pukul di kepala dengan benda macam tu.' —Dari esei My Father's Life , Fires. Saya mula membaca Carver beberapa tahun lalu selepas menonton Birdman di pawagam GSC Midvalley. Lakonan Michael Keaton yang meyakinkan selain jalan ceritanya, membuatkan saya tertanya-tanya siapa dia Carver ni? Lalu saya mula menggugel. Banyak cerpennya yang saya sudah baca secara dalam talian. Paling saya suka tentulah Cathedral diikuti Viewfinder, The Bath dan Fat. Sajaknya pula saya baca dua tahun lepas di Subang Parade dalam sebuah antologi A...

Beberapa perkataan

Beberapa penulis yang saya suka baca karya mereka, saya ingat beberapa perkataan yang kerap mereka gunakan. Perkataan-perkataan tersebut terdiri daripada kata hubung, kata kerja dan lain-lain. Shahnon Dan Fariq Se- Johan Radzi Khali Azrin Fauzi Tatkala Ridhwan Saidi Instan Muhammad Haji Salleh Maka, atau, kenyataan Fahd Radzy Uh Roslan Jomel Demikian Ada beberapa penulis lagi yang saya ingat sebelum ni tapi bila nak tulis semula saya dah lupa pula.

Draf dan nikmat sekejap.

Saya baru membelek draf di emel saya dan menemukan ada empat draf. Antara isi draf itu adalah sajak-sajak dua tahun lalu, cerpen yang tidak siap dan pertanyaan tentang pekerjaan kepada satu syarikat yang sudah mengesahkan untuk mengambil saya bekerja. Membaca satu persatu, saya teringatkan yang semua itu ditulis dalam keadaan yang penuh bersemangat. Tapi ia tak siap, tergantung, ditangguh dulu kerana idea yang tidak berkembang, dengan janji pada nota mental bahawa akan dijenguk kembali dalam masa terdekat. Tapi saya terlupa. Dan lama-lama ia hanya draf yang sekadar mengisi tabung kenangan. Saya tidak ingat tulisan siapa saya baca yang mengatakan terlupa itu adalah nikmat sementara. Macam, kau terlupa yang hari tu kau kena hantar assignment dan dalam tempoh waktu terlupa itu kau penuhinya dengan aktiviti2 kesukaan kau seperti nonton wayang, main games atau dating. Dalam tempoh itu kita terus melupakan beban kerja/tugas yang sepatutnya menyempitkan waktu terlupa kita itu. Semasa saya t...