Skip to main content

Ke mana mana

Kian hari, penulisan saya jadi semakin peribadi, semakin mahu saya pendam dan simpan untuk kepuasan diri. Kepada ramai yang bertanya dan ramai yang tidak bertanya, saya kata oh dah lama gila tak menulis. Saya bohong. Saya menulis hari hari. Lebih tepat, menulis sajak dan catatan. Kekecewaan, kedukaan, hiba, pendaman rasa, khayal perasaan, mabuk fikiran, genangan air mata, fikiran bunuhdiri, kerohanian terawang, perempuan, lelaki, cinta, cinta, cinta, keluarga, rindu.

Ada satu soalan ditanyakan -- yang patut dibalas dan dihantar seminggu lalu tetapi berat hati melakukannya --
 apakah pencapaian tertinggi kamu dalam penulisan? Saya rasa kalau ditanya setahun dua lalu pasti saya akan katakan: "Menang itu ini bla bla bla buku terbit bla bla bla." Saya menulis jawapannya; Adalah apabila saya merasa puas, inzal dan ghairah dengan tulisan sendiri, dan setakat ni hasilnya tak banyak tetapi ada, kian bertambah dan saya simpan untuk saya baca sendiri dan bergirang dengannya, seperti bersama gadis atau wildan.

Comments