Skip to main content

Posts

Darah

Weh kau kat uni dulu rajin derma darah kan? Tiba-tiba kotak sembang fb disapa rakan sekolah. Dulu kami tak rapat pun tapi habis sekolah kerap berhubung via medsos. Dia dah berkahwin sekarang, sudah 3 tahun kot. Masa dia tahu saya aktif dengan Bulan Sabit, dia kerap gesa saya isi perjawatan untuk pembantu perubatan. Ada saja pautan jawatan kosong dikongsi. Dua tiga hari lepas saya memutuskan untuk ikut menderma darah. Kawan itu bertugas di pusata derma darah dan katanya bekalan darah sangat diperlukan. Mulanya nak pergi pusat kempen derma darah yang berdekatan saja tapi dapat tahu ditutup kerana ada jangkitan COVID-19. Saya tak ingat berapa kali telah menderma, 6 atau 7 kali agaknya. Jadi hujung minggu ini saya akan pergi derma darah. Entah mengapa ada debaran kecil memikirkannya. Entah kenapa...

Selesa

Aku rasa tak selesa, dan aku tak tahu kenapa. Tak banyak perihal dapat aku tuliskan sebab semuanya masih buta dalam diri aku, meraba-raba mencari jalan keluar yang entah bila akan meloloskan cahaya dari luar. Aku tak selesa, dan di luar, segala-galanya tawar.

Luah

Aku tak tahu letih sebab apa, tapi ia menyebabkan aku terlelap awal sedikit, jam 0239. Ada satu mimpi panjang, tapi hanya satu babak aku ingat: adik laki aku mengamuk setelah nenek aku enggan keluarkan modal untuk dia berniaga. Dia marah, naik suara dah nak memukul. Aku cepat2 melindungi nenek. Dia naik angin dan kata 'kau tau apa masalah kau? Kau nak dengar? Kau ni macam tangkai...' dan ada deretan luahannya yang aku ingat perasaannya ketika itu -- cukup mengguriskan. Ketika aku menahan hayunan tangannya, aku tersedar. Hanya bunyi kipas hinggap di telinga dan kesejukan merayapi betis. Badan rasa betul2 sengal. Kepala berdenyut. Pening. Aku lihat jam. 0459. Aku bingkas bangun, tutup kipas dan capai fon lalu keluar bilik. Kucing ikut keluar. Aku ambik sekeping piza yang tinggal, dan ngap. Kucing merengek nak sikit. Aku teguk air. Tersandar di sofa. Aku teringatkan muka adik aku dalam mimpi tu. Rasa letih, tewas. Tubuh keretakan. Aku hisap rokok dan memandang kosong ke siling. Se...