Skip to main content

Posts

Curi

Jam 0221. Salakan anjing sayup di luar, cericit serangga dan sesekali deruman kereta, juga perbualan di sebelah yang menggaru lena. Panjang.  Cuba tekup telinga dengan fon. Cuba pejam. Entah berapa banyak difendramin diteguk. Masih menyala mata. Seorang teman apdet status sunyi itu mahal. Saya balas sungguh. Dua hari lepas, tengah malam tiba-tiba lidah kebas, tangan geletar, badan kejung. Terus bangun, tarik nafas dan goncang badan. Entah sindrom apa. Perbualan di sebelah dalam suasana senyap selalu mencipta debar, gelisah dan penasaran. Di kampung, kalau dalam bilik bersunyian kala suasana begitu sepikaku dan tiba-tiba ada suara menghidupkam huruf-huruf, dada saya akan tiba-tiba berdebar. Jiwa gemuruh. Duduk tak tenang, baring tak senang. Saya akan meluru keluar, jalan kaki dan hirup udara. Tapi di sini? Hanya puntung rokok direnyukkan. Tidur itu nikmat dan selalu ia kedekut padaku. Bawah mata kian hari menghitam. Membencikan di cermin. Sesekali vertigo menyapa, pusing...

Diam

Baru beberapa minggu lepas Marjan duduk di sebelah aku, sesekali menyampuk sembang kami; Hafiz, Sinaga dan Karim, perihal sastera dan penulisan. Dia datang dengan Grab bersama tongkatnya. Sebelum itu beberap kali nampak dia melepak dengan busker Meo dan kadang, di sekitar Pasar Seni.  Aku selalu terbayang, kalau umur panjang, hidup aku akan berakhir macam ni. Andai di kampung, aku inginkan kematian begini juga, seorang, dan mati di sisi pokok, lereng bukit atau dekat paya. Aku tak fikir itu menyedihkan tapi untuk melihat orang lain mati sedemikian, ia menghibakan. 

Perlu

Saya tak memerlukan lebih daripada apa yang orang kata saya perlukan lebih daripada yang saya ada sekarang. Kecukupan hadir bila-bila masa. Kalau angin datang sebanyak itu, saya jumlahkannya ke dalam poket kepuasan sejumlah yang datang sesajak itu. Kalau cahaya lampu pudar, saya biarkan. Kalau mentol terbakar, saya gantikan. Mengejar tanpa tujuan menyesatkan. Mengejar kerana desakan mengajarkan ketetapan tanpa peduli hasilnya. Kecukupan berada di antaranya dan kepuasan menjelma guru — mengingatkan. Namun aku bukan zuhud. Itu cuma seorang lagi guru yang aku larikan diri ketika pertama kali terlihat kelibatnya dari jauh, mengepit rotan panjang. Aku hanya mahu berasa sentiasa cukup dan sesekali merasa tidak.

Budak Api

Pemetik api ini sengaja kubiarkan lama menyala, melacurkan kulitku. Aku berpura-pura tidak merasakan apa-apa walaupun merasakan bahangnya. Kesakitan melolong dalam hati. Aku sengaja biarkan. Adakah api akan sejuk atau terpadam sendiri? Sengaja aku biarkan jari menahan roda pemetik api walau jelas lenguh berkuman memvirusinya. Kemudian aku sengaja berpura-pura tidak sengaja meniupkan api itu. Sekarang kulitku melecur dan aku tak menyesal. Aku tidak berpura-pura lagi untuk mengakui bahawa api sememangnya panas membara.

Ragu seperti ragu-ragu

sepuluh minit di ja'ranah bahu, dada dan lehermu dilitupi duri-duri, melumatkan daging tubuhku saat pertama kali kudakapmu. kubiarkan juga, hancur segala. merah dan basah pepasir. kau masih tersenyum sedang aku tinggal putih tulang semata, hingga kaktus dan unta hitam sehitamnya, hinggakan debu asyik menari. aku rebah tak bersuara dan kau melangkah pergi, menanggalkan duri-duri yang pekat merah, merangkai ketewasanku. nafasku, hanya nafasku mengejarmu. arab saudi, disember 2019.                           *** Keraguan asas keimanan kata Dekah. Saya kerap meragui apa yang orang sekeliling saya katakan. Penerimaannya kadang sekadar mengeya, kadang sinis, kadang dengan kelelahan. Tapi kalau selalu, berulang, ia masuk ke telinga, hati perlahan-lahan beriman kepadanya. Saya menuliskan sajak ini ketika melihat anjing-anjing menyelongkar gumpalan sampah, di suatu RnR dekat Ja’ranah, tidak jauh dari mekah, dalam perjala...

Hilang dan Hilang

Siapa aku dalam mimpi seminit yang lalu? Mimpi tak tercatat dan ia hilang begitu saja dari genggam ingatan. Masa tidurku selalu memencil. Tidak cukup. Aku tidak suka tidur berlama-lama dan aku suka bangun. Menyentuh sesuatu, menghirup udara dan menghidupkan rindu. Walau tanpa kecukupan nyenyak dan lena. Mimpi hanya jurang dan tidur cuma gempa. Pabila berakhir ia ditimbus kembali oleh kenyataan. Yang nyata di depan mata. Yang kabur adalah silam dan aku lebih mudah menggenggam kekinian.

Dadà

Saya tak dapat mengatup mata walau cahaya-cahaya dah terpadam. Dada sakit. Terlalu. Sakit. Saya tahu. Rokok penyebabnya. Kesakitannya teramat, macam ada traktor, macam ada jentolak, eksavator, macam ada steamroll, yang kesemuanya berjumlah ribuan, bersaiz kuman, dan meratah-ratahkan paru-paru. 'Paru-paru awak dah tebal' saya lantas teringat kata-kata doktor, lima tahun lalu. Sekarang? Saya keluar berjalan, menekup kedua belah telinga dengan fontlinga. Dada bergoyang-goyang. Napas pendek-pendek. Dua tangan diseluk ke poket. Hawa dingin. Nyaman. Sekurangnya menyegarkan hidung. Saya pusing, pusing dan balik ke rumah, tutup lampu dan baring, cuba lelap. Tak dapat. Dada masih rasa perit. Tapi saya ambil sebatang rokok, bakar, dan sedut sampai habis. Teguk air sejuk. Kemudian kembali berjalan keluar. Nyaman, udara. Tengah pagi, bertambah sedap, segar, lincah sikapnya. Macam aestetik manusia yang berjaya memberikan cinta di mata saya. Tapi jentera-jentera di dada saya teru...