Skip to main content

Posts

Hilang dan Hilang

Siapa aku dalam mimpi seminit yang lalu? Mimpi tak tercatat dan ia hilang begitu saja dari genggam ingatan. Masa tidurku selalu memencil. Tidak cukup. Aku tidak suka tidur berlama-lama dan aku suka bangun. Menyentuh sesuatu, menghirup udara dan menghidupkan rindu. Walau tanpa kecukupan nyenyak dan lena. Mimpi hanya jurang dan tidur cuma gempa. Pabila berakhir ia ditimbus kembali oleh kenyataan. Yang nyata di depan mata. Yang kabur adalah silam dan aku lebih mudah menggenggam kekinian.

Dadà

Saya tak dapat mengatup mata walau cahaya-cahaya dah terpadam. Dada sakit. Terlalu. Sakit. Saya tahu. Rokok penyebabnya. Kesakitannya teramat, macam ada traktor, macam ada jentolak, eksavator, macam ada steamroll, yang kesemuanya berjumlah ribuan, bersaiz kuman, dan meratah-ratahkan paru-paru. 'Paru-paru awak dah tebal' saya lantas teringat kata-kata doktor, lima tahun lalu. Sekarang? Saya keluar berjalan, menekup kedua belah telinga dengan fontlinga. Dada bergoyang-goyang. Napas pendek-pendek. Dua tangan diseluk ke poket. Hawa dingin. Nyaman. Sekurangnya menyegarkan hidung. Saya pusing, pusing dan balik ke rumah, tutup lampu dan baring, cuba lelap. Tak dapat. Dada masih rasa perit. Tapi saya ambil sebatang rokok, bakar, dan sedut sampai habis. Teguk air sejuk. Kemudian kembali berjalan keluar. Nyaman, udara. Tengah pagi, bertambah sedap, segar, lincah sikapnya. Macam aestetik manusia yang berjaya memberikan cinta di mata saya. Tapi jentera-jentera di dada saya teru...

Pejabat

Sekarang saya sudah merasai bagaimana terkurung di dalam pejabat, menyiapkan kerja-kerja dan bersepi. Penyaman udara ditutup, lampu masih terpasang dan cuma diri sendiri, mundar-mandir, duduk semula, mengetik-ngetik papankekunci, memeriksa laman henfon. Sekarang saya mengerti, kesepian yang menjenguk dari celah apitan kubikel saya dan kamu, detak dan hentak kaki dari tingkat atas persis pecahan batu-batan oleh jentolak yang saya lihat sewaktu kanak-kanak dahulu. Apakah deru angin tengkujuh ditahan dada bangunan dan air mata langit meleleh cuma di buta kaca hitam?

Peri peri

Kehadapan kaunselor yang telah mencadangkan saya mencatat setiap hari, Trima kasih kerana menyebut; cuba syukuri apa yang dekat dengan kamu dan belajar mencintainya. Saya sedang lakukannya tetapi tidak khuatir pada kesan - jika ia mengubah target tarikh seperti yang saya rancangkan. Saya telah memadam link blog ini daripada kesemua medsos saya. Blog ini akan menjadi medan yang benar-benar peri badi. Saya tak akan kongsi lagi apa yang saya tulis. Di sini bukan untuk memberi manfaat kepada mereka dan ternyata, tidak ada pun. Perlukah saya tenung kembali apa yang telah saya lakukan? Saya takkan boleh mengubahnya, dan silap2  bernostalgia perihalnya. Pandang ke depan kerana yang dibelakang sejarah - menarik dan tidak. Membuang perasaan cinta adalah hal paling rumit. Berapa tahun untuk betul2 move on? Mungkin 5 tahun. Selamat mala.

Pecut

Kaunselor tahu tak, malam tadi saya tak walk jog dan run macam biasa tapi saya pecut. Laju. Macam pelari. Tapi betapa sakitnya dada hanya tuhan yang tahu. Macam nak putus napas terus. Tapi, saya suka tengok bayan-bayang yanh mendahului saya. Saya suka tengok rambut sendiri berambal-ambal bila tubuh bergegar. Sekurangnya itu menyingkir sedikit pedih dada. Masa sekolah dulu, sukan balapan saya paling suka tentulah berlari. Biasanya berlari ni acara kemuncak penentuan pemenang rumah sukan. Lari yang ada baton paling saya suka. Berganti ganti. Dan apabila pelari sudah ditengah  trek saya akan berdiri dan menuju penamat saya akan tambah teruja dan bersorak. Rasa saya berlari adalah sukan paling tertua di dunia. Kepada kaunselor yang menyarankan supaya saya mencatat setiap hari, inilah dia laporan saya hari ini. 0130, 23 Nov, KL.

Gatal

Saya menuruti pesanan kaunselor saya supaya menulis tentang kebaikan-kebaikan dan sebab mengapa ia perlu diberikan perhatian, mengapa perlu direnung lagi, mengapa perlu dihargai kehidupan ini. Tapi sekarang, saya terjaga dari lelap sebentar tadi, kerana kegatalan. Tergaru-garu. Kenapa seminggu dua ini kulut saya sangat sensitif? Ketika begini apa yang saya nak hargai. Arhhh

Balik Kerja

Saya tidur lewat. Beberapa kali mengulang main video temubual tokoh budaya. Ada esei perlu disiapkan. Dengar, ulang, catat. Dengar lagi. Ulang lagi. Catat lagi. Saya lelapkan mata. Bangun awal dan mandi. Mimpi saya kosong. Tak ingat apa pun. Dada sekah. Napas termengah-mengah. Jantung berdegup kencang. Kesan rokok. Kafein terlebih. Pra-gastrik acap menyerang sejak akhir-akhir inim Kali terakhir medical checkup - empat tahun lalu. Betapa lega; tak ada hiv. Paru-paru makin tebal. Tapi masih sedut. Menikmati. Putih atau keretek. Cuba berhenti. Vaping. Tak jadi apa. Makan pisang macam awak kata. Makan nenas, betik. Minum susu. Semua sebab awak kata. Boleh cuci peparu. Saya percaya walaupun tahu mengarut. Penipuan kalau dikerapkan hari-hari akan menjadi kebenaran - Joseph Goebbels. Awak masih dengan Dunhill?. Mahal. Saya di rumah. Naik Grab tadi dari ofis. Hujan. Zuriatnya meleleh-leleh di kaca tingkap kereta. Cahaya-cahaya bangunan hancur dalam butiran anak hujan. Dingin. Saya hembus napas...