Skip to main content

Posts

Bersyair dan Sakit Perut

Dari tengah hari semalam sampai pagi ini bekalan air tak ada. Aku bergegas ke rumah nenek di sebelah, nak berak. Tapi air dalam kang pun dah habis. Aku bernapas, menahan gelora dalam perut dan hujung dubur. Subuh dah hujung juga. Aku jerang air, bancuh kopi, minum air masak dan kopi hitam.  Mak aku pun di dapur, buat teh. Atuk di dalam bilik, hendak menyambung tidur selepas sembahyang. Suhu pagi tidak sedingin semalam. Sambil memegang tangkai cawan kopi, berdiri di muka pintu biliknya, aku bersyair spontan. Atuk terbuka mata, memandang aneh. Kemudian tersengih-sengih lalu ketawa perlahan. 'Matnye tetiba bersyair pulok?'. Aku ke dapur, bersyair pada emak. Dahi mak berkerut-kerut, memuncung mulut dan terkedip-kedip. Perut aku masih bergelora. Taik bagai di hujung dubur betul. 'Menda bersyair pulak?'. Lampu-lampu terpasang. Aku mencicip kopi Nescafe Gold sampai tak tersisa lagi di dasar cawan porselin. Atuk keluar, menggaru-garu kepala. Di luar, bingit angsa, ayam, l...

Buang Buku Teks Sejarah

muka depan edisi terakhir Mastika Buang buku teks sejarah itu. Lempar buku rujukan di tangan. Ambil majalah, kunci pintu, kurung diri dalam bilik dan baca sehingga matamu lesu dan mengalah.      Hari ini di FB majalah Infiniti, salah satu majalah terbitan Utusan mengumumkan mereka keluarkan edisi terakhir mereka. Nasib Infiniti sama macam abang mereka, Mastika yang edisi terakhirnya adalah november ini. Nampaknya masalah kewangan Utusan beri kesan besar betul sampai mereka jual tanah syarikat untuk menampung banyak benda antaranya pembayaran pampasan pekerja yang berhenti sukarela.      Aku bukan peminat Infiniti malah tak pernah baca pun sebab, tak berapa menarik isinya selain apa yang ditulis tu boleh digugel saja kebanyakannya. Tapi dengan kehilangan Mastika berasa sedih juga. Sebab Mastika ni usianya sangat lama. Lebih lama dari usia Malaysia sendiri. Sidang pengarangnya bukan calang2 dari Kajai, Keris Mas, Asraf, dan ramai lagi. Sumbang...

Bermalam di Hotel Bajet

Sehari sebelum pilihan raya umum aku berada di Kuala Lumpur untuk beberapa hal antaranya membeli buku dan menghadiri temuduga. Sebelum bertolak pakcikku bertanya berapa pentingkah buku itu sampai aku sanggup ke sana untuk membelinya. Mengapa dia tidak bertanya perihal temuduga kerja? Sebab dia tahu aku pasti tidak dapat kerja itu dan berpuluh temuduga yang sudah aku hadiri tak satu pun aku berjaya. Aku menjawab sebagai penulis, buku sangat penting dan aku sanggup berbuat apa saja. Dia mencemik mendengar jawapanku. Dia berkata, sempatkah aku balik ke rumah keesokannya kerana ada satu hal penting lain iaitu pilihanraya. Aku kata sempat dan tak perlu risau. Aku pasti balik untuk mengundi. Masakan tidak, PRU 14 adalah ibu segala PRU. Namun begitu jauh di sudut hati aku ragu-ragu dengan jawapanku ini. Senyap-senyap aku merasakan bahawa jika aku terlepas mengundi kali ini sekalipun, aku tidak akan berasa kecewa. Hotel bajet sentiasa menjadi pilihan untuk bermalam kerana suasananya memberika...

Mengenalkan Cerita dan Sayup Suara

Sejak beberapa hari lalu ketika sudah terpelanting ke dalam lubang fikiran yang saya mahu mengemaskinikan blog ini berkenaan apa yang saya kerjakan sekarang, saya masih berbelah bagi tentang tajuknya.Yang berlegar adalah; mengenalkan puisi, menunjukkan prosa, dalam sekolah sastera dan entah beberapa lagi. Sebelum isi kasar bermain-main dalam lubang fikiran tadi, biasanya saya akan menyaring idea tajuk-tajuk yang berbunyi bombastik tetapi ada kebanyakan masa ia hilang begitu saja. Hilang dihapuskan rasa rendah diri dan keriasauan yang mengucur dan menaik dalam pembuluh keyakinan diri. Perkara mustahak sebelum atau semasa menulis esei-karangan-rencana, adalah memilih idea tertepat sekali untuk dipahatkan pada tiang cerita. Memang definisi esei, karangan dan artikel itu berbeza tapi proses penulisannya tidak banyak beza, menurut saya. Yang tak kurang menjadi masalahnya juga adalah proses pengembangan idea ini. Terkadang ia kekal sebagai satu fakta atau idea saja dan sukar dile...

Menjadi Guru Ganti dan memenangi sayembara.

Segalanya bermula di perpustakaan. Pada hari yang panas dan teriknya menganugerahkan peluh, saya ditelefon pejabat pendidikan dan bertanya joka saya berminat untuk mengajar menggantikan seorang guru, di sebuah sekolah menengah. Saya setuju saja sebab sudah tiga bulan tidak bekerja. Saya diminta melapor diri di sekolah seawal pagi. Saya sempat bertanya subjek apa yang saya perlu ajar. Pegawai itu memberitahu PI dan KH. Saya menggaru kepala, berfikir sama ada saya mampu atau tidak, dengan hanya berbekal pengalaman mengajar tadika lebih 10 tahun lalu. Keraguan itu menjalar perlahan tetapi saya fikir, keyakinan terlebih dulu menebar dirinya. Jadi saya bersetuju. Beberapa hari sebelum melapor diri saya telah menerima hadiah tempat keempat kategori cerpen dan saguhati kategori puisi bagi Sayembara Penulisan Cerpen Dan Puisi. Sebenarnya sayembara ini mula dibuka pada 2016, ketika penulisan saya belum mantap dan baik. Ternyata sekarang, membacanya semula cerpen dan puisi itu di dalam antolog...

Cerpen, Italo Calvino dan La Luna