Skip to main content

Posts

Kedudukan; Tepi.

Kalau saya naik bas, atau kereta, saya akan pilih untuk duduk di tepi sebelah tingkap. Saya percaya majoriti kita begitu. Tapi mengapa begitu? Apakah suasana ketika itu atau ada faktor psikologi lain yang mempengaruhi pilihan tersebut? Saya percaya faktor tingkap memainkan pernan besar terhadap pemilihan ini. Tingkap memberikan ruang dan pemandangan yang mata kita perlukan. Kerana dalam keadaan duduk, mata seperti berperanan besar berbanding kaki. Cuba bandingkan sewaktu kita berjalan di shopping mall atau bermain bola, mungkin kita tak selalu berada di tepi atau berada di kedudukan tengah kerana kaki pada ketika itu adalah anggota tubuh yang penting. Ia membawa diri kita ke tempat yang hendak kita pergi.      Dengan duduk di tepi kita dapat melihat pemandangan di luar yang tentu saja menawarkan perkara menarik. Melihat hijau daun, kereta bergerak, tersangkut di dalam kesesakn, kereta terhenti dan di atasanya lingkaran rel lrt.      Sewaktu...

Tahniah

Saya merasa sangat terpacu nak mengomentar hal2 sastera mutakhir ini terutamanya selepas menonton live forum Dbp minggu lepas. Tapi bila tengok garismasa facebook, ramai dah mengulas dan kebanyakan ulasan daripada penulis muda, saya paling setuju. Kebanyakan teguran, kutukan dan hentaman yang dihamburkan Isham Rais dan Dinsman itu adalah cuma perulangan teguran-kritikan selama ini. Malah perkara ini saya dah bangkitkan sendiri dan tulisan itu terbit di Dewan Sastera, pada tahun 2016. Ye, memang bab pemasaran, anjuran program, kreativiti kandungan dan baaanyak hal lagi, DBP memang perlu perubahan drastik. Forum malam itu yang dijulang sebagai keterbukaan, menghulur tengkuk, Dbp terbakar dan pelbagai gelaran lain lagi; bagi saya terlalu meraban tajukkomentar selepas itu. Tapi ada sisi baiknya. Biar KP Dbp tu sedar sikit. Dan orang kuat2nya. Benda ni dah berapa ramai editor dorang sendiri yang sungutkan. Tapi bukan sekadar DBP yang perlu ubah diri. Orang sastera lain pun perlu. Institu...

Encik Dem Belum Murtad

Semasa saya kecil dulu, saya sering membayangkan tuhan itu seperti nenek saya yang memakai serkup (anak tudung), berbaju kurung lusuh dan Allah itu seperti atuk saya yang memakai songkok lipat (saya selalu berasa lucu bila ingat tentang songkok lipat versi ini, ia songkok lipat yang saiznya pendek, tidak panjang seperti dipakai orang Indonesia atau Musa Aman. Ada satu watak dalam filem Do Re Mi, ahli mesyuarat tingkap yang kantoi main dam di kedai makan dengan isterinya dan dihambat pulang, isterinya menjerit 'jangan lupa lepat buruk ni!' sambil menempas songkok lipat itu ke tubuh lakinya. Lepat buruk. Haha) lusuh dan berkemeja. Dua imej ini saling bersebelahan di atas langit. Saya tidak ingat mereka tersenyum atau sengih. Yang pasti, hal ini berlaku pasal yang rapat dan menjaga saya adalah atok dan nenek, lebih dari mak dan abah saya. Semakin saya besar tahulah saya bukan itu gambarannya untuk tuhan atau Allah. Bekas PM Indonesia, Muhammad Hatta dalam tulisan pen...

PenulisXMimpi

Aku rasa kalau kau penulis dan ada kecenderungan minataksub pada mana2 penulis, atau secara khusus, aku konpem kau mesti pernah dalam sekali, paling kurang, bermimpi pasal dia/salah sorang daripada penulis yang kau minat. Kan? Karim pernah tulis dia ada mimpi berjalan di pinggir pantai sambil berbual dengan TAT. Aku tak tau orang lain cemana. Aku sendiri banyak mimpi dengan orang yang menulis ni. Dan ramai pulak tu sampai ada yang terlupa dah. Huhu. Tapi apa kejadah aku tetiba nak tulis pasal mimpi ni? Hah, sebab aku ada mimpi tak syok , atau tak sedap, atau tak menyenangkan / meletihkan yang melibatkan dorang sepanjang bulan puasa ni. Bukan sekali. Tapi lebih! Okey sebenarnya bukan sehari dua aku dapat mimpi tak best tapi setiap hari. Bagaimanaaaa yea jadi begitu?? Sepanjang bulan puasa ni (mei-jun 2018) aku kerja, 14jam sehari, berterusan tanpa cuti dan aku, sebab hostel tak ada dan tak sempat nak cari bilik sewa, tumpang rumah makcik aku. Aku tidur di ata...

Kritik Buku ITBM: Kumpulan cerpen Song of September

Tajuk : Song of September Penulis: Malim Ghozali PK Penerbit : ITBM Tahun : 2017 Kalau kita membaca biodata Malim Ghozali PK yang terdapat di laman web atau majalah, dituliskan beliau menulis dalam hampir semua lapangan kreatif sastera. Baik novel, cerpen, puisi, esei atau kajian sastera. Malah di youtube juga terdapat klip video lagunya yang menarik selain bacaan-bacaan puisi. Tapi disebutkan juga kepakarannya lebih menumpu kepada novel dan cerpen. Pendek kata, prosa moden. Bagi saya jika dibandingkan antara novel dan cerpen, saya percaya Malim Ghozali PK jauh lebih bagus dalam penulisan cerpennya. Sasterawan Negara Dr Anwar Ridhwan, dalam prakata salah sebuah buku kumpulan cerpen Malim Ghozali PK ada menyatakan yang " Malim memiliki kebolehan bercerita yang lincah, menguasai nama-nama flora dan fauna serta pandai menarik pembaca keluar masuk ke dalam kenangan" . Hal ini tepat apabila kita membaca cerpen-cerpennya di dalam kumpulan cerpen Song of Se...

Suara

Fak sajak Fak Aku nak benci kau Macam yang aku pernah Aku nak bakar buku2 sajak Buang      Buang           Buang abu penuh satu ru                                                    ang aku nak padam perktaan sajak, puisi, syair dalam kamus otak semua manusia Nafas yang dihirupnya sajak, sarapan sajak, berak keluar sajak, tido mimpikan sajak, kencing sajak, sembahyang sajak, melangkah pun sajak. Semuanyaaa... sajak dan akhirnya ketika dia mati tak ada siapa pun kebumikan dia kecuali sajak2 yang tetiba bercantumcantum dari keratan2 akhbar sajaknya yang dia kumpul dalam satu fail, membentuk setubuh wanita berambut panjang, menangis dan berpecah semula, menjadi selembar ...

Budak Sekolah dan Cerita

Saya dapat kol pada hari khamis lepas mintak jadi penceramah bengkel cerpen untuk pelajar sekolah pada hari selasa. Saya tak pasti cikgu ini dapat no saya dari pustaka atau DPMP Jerantut. Saya menyetujuinya. Tapi malang saya tak dapat sediakan bahan dengan lengkap. Khamis itu saya ke KL dan pulang hari jumaat. Hari sabtu saya kerja dan rancang habisnya nak siapkan bahan, dapat siap sikit namun hari ahad saya terpaksa ke KL semula kerana nenek saya sakit. Semalam (isnin) saya balik semula. Letih. Dan saya cuma siapkan bahan asas sahaja. Selasa. Saya cuba bercakap dengan baik sebelum di tengah sesinya mula sakit tekak dan perlukan air. Akhirnya seorang cikgu memberikan pembesar suara. Saya berjalan mundar mandir mendekati setiap pelajar, menanya nama mereka, dari mana, cerita apa yang mereka suka, sukakah membaca, apakah ada keinginan untuk membaca dan menulis. Saya cuba mencari persamaan antara saya dan mereka. Mujur, kebanyakannya tidaklah bosan mendengar mungkin  ada...