Skip to main content

Posts

Makan Rendang

  Kita sinonim dengan kelapa. Atau apa-apa yang berkaitan dengannya. Kelapa di tepi pantai, air kelapa dingin ketika cuaca terik, santan berlemak di dalam semangkuk cendol, penyapu lidi dan sekian banyak lagi imej ini melekat dalam peta Malaysia dan kepala kita.    Sewaktu saya sekolah rendah dalam buku teks BM bab pertama ada tajuk berkenaan kelapa dan betik. Diilustrasikan dua pokok itu saling bertekak membangga diri dengan menyatakan kelebihan masing-masing. Dari tajuk itulah kali pertamanya saya mengetahui kelapa mempunyai banyak kegunaan.     Salah satu mahakarya makanan Melayu adalah rendang. Masa saya kecil dan keluarga teramat miskin, rendang cuma setahun sekali dapat dijamah iaitu sewaktu hari raya. Masa saya sekolah rendah kami sekeluarga sudah dapat makan ayam sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tetapi rendang tetap setahun sekali. Kerana pada waktu itu rendang dianggap sebagai makanan mewah-sakral raya sahaja.    Kini seg...

Merenung Ke Luar Tingkap

   Saya ada tulis satu sajak mengenai tingkap yang saya fikir mencakupi aspek perghargaan, kenangan, perspektif berbeza dan fungsi tentangnya. Saya siapkannya ketika berada di dalam MRT dari stesen Muzium Negara menuju ke Sg Buloh, beberapa bulan sudah. Waktu itu pagi, hujan gerimis dan tidak ramai di dalam koc. Mrt melepasi stesen Semantan tatkala saya menyudahkan perkataan terakhir pada sajak itu. Tapi, belum saya siarkan di mana-mana.   Tajuk entri ini sedikit sama dengan lirik awal lagu Apa Khabar oleh Joe dan Sonaone. Cuma lagu itu bukan sebut tingkap tetapi jendela. Serasa saya tak ramai orang menggunakan jendela dalam perbualan seharian. Namun, sebutan jendela kedengaran lebih puitis untuk digunakan dalam penulisan terlebih lagi puisi. Cuba kalau awalan lirik lagu korus itu berbunyi 'merenung keluar tingkap', pasti terasa janggal sebab tak memenuhi harakat dek suku katanya dan kedengaran... tak best. Sudah tentu saya panggil tingkap.    Ru...

Bisikan Hotel Bajet

Kalau saya keluar rumah berjalan jauh, ada 4 pilihan untuk bermalam; rumah makcik saya, hotel bajet, rumah kenalan atau... bergelandangan. Tapi pilihan terakhir itu jika saya benar2 tiada duit dan baru beberapa kali saya melakukannya. Rumah makcik di sungai buloh itu akses kenderaan awam ke tempatanya sangat mudah. Sejak kewujudan MRT (ohh Najib dan BN) . Ada sebab lain mengapa hotel bajet menjadi pilihan. Apabila kita berseorang, kita selesa dengan privasi. Saya percaya majoriti kita begitu dan saya begitu juga. Privasi adalah cerminan kebebasan yang perlu dipegang oleh siapa pun. Di hotel bajet unsur privasi, keseorangan dan sensual menyatu sekaligus. Anda boleh terlentang, makan atas tilam, hisap rokok dalam jamban, bertelanjang, keluar dan pulang sesuka hati selain layan movie atau... atau... Ia tidak seperti bilik sewa atau menumpang di rumah pasangan. Pergerakan kita terhad atau paling tidak pun, kita merasa diawasi oleh had2 tertentu. Di ruang privasi...

Sepatutnya Awak Dah Mati 12 Tahun Lalu

Gambar ini diketik pada tahun 2006. Saya ketika itu duduk di asrama dan betapa entah apa-apanya peraturan yang baru berkuatkuasa ketika itu, oleh ketua warden yang baru, yang kemudiannya membuang saya atas sebab tidak kukuh dan kini dia merupakan seorang ustaz selebriti tv - mewajibkan semua lelaki yang tinggal di asrama berkepala botak. Dalam gambar ini, kawan seasrama saya semuanya mengenakan songkok. Hanya saya, yang tidak gemarkan songkok dan baju Melayu, pada ketika itu memilih untuk freehair. Dalam gambar ini juga guru kelas adalah Cikgu Yusof. Dia mengajar matematik dan sangat anti pada sesiapa yang terlibat dengan program kokurikulum. Walaupun dia bagus mengajar tapi saya tetap dapat E dalam SPM. Sebelah beliau ialah Syafiq bin Rohimi. Dia seorang yang lemah lembut. Sewaktu tingkatan 2 dan 3 saya duduk di sebelahnya. Ayahnya seorang posmen dan badannya berisi juga. Kali pertama saya menulis lirik rap (ada banyak lagu dan lirik) adalah ketika tingkatan 4. Saya juga te...

Petir

Hidup saya sudah sedia tertelanjangkan dari mata kamu, kamu dan kamu, barangkali. Dan, cuma perkataan yang ditutur dan dituliskan menjadi cebis-cebis halus yang menampal tampang diri ini. 4 tahun lepas ketika saya sedang menunggang motosikal melalui kawasan perumahan di Sungai Buloh Country Holmes, ketika cuaca mendung, awan beropol-ropol dan langit digigit kegelapan sedikit-demi sedikit, kilat memancar-mancar, di atas motosikal Kriss lama, entah bagaimana dengan anehnya tatkala tayar bergolek di atas bonggol jalan kilat betul-betul memanah entah bebebarapa mm saja dari telapak tangan yang sedang mencekup throttle. Saya masih ingat ketika itu saya hilang keseimbangan dan, mujurlah agak perlahan menunggang, saya dapat kawal diri daripada terjatuh. Belakang tapak tangan terasa berdenyut-denyut dan kebas. Saya cukup pasti ianya disambar petir. Saya bertenang seketika bagi menghilangkan rasa terkejut. Dipanah petir? Biar betul? Mungkin tak ada yang percaya. Mungkin oran...

Deskripsi, Rungutan dan Hilang Ditelan Zaman.

Percakapannya berdegar-degar, biasanya begitulah dia selalu, semenjak bertahun dulu saya kenal dia sebagai pekerja kontrak pembersihan di perpustkaan ini. Saya tahu dia antara orang tua yang rajin membaca bukan saja akhbar tetapi buku. Namun saya tak kenal rapatnya. Tapi sejak awal tahun ini saya tak nampak kelibatnya. Baru tadi saya terdengar dia meminta tolong beberapa remaja untuk mencarikannya buku puisi Usman Awang, disebut secara spesifik "hok ade sajak ke makam bonda tu" tapi remaja perempuan yang mengelek buku Sayang Awak Ketat2 dan Protect My Boss itu memberikannya buku sajak bertajuk Fatamorgana terbitan UiTM. Makcik itu kembali ke rak, membelek dan membelek. Saya menyampuk dan memberikannya buku tebal Puisi Melayu Baharu 1946-1986. Tapi sajak tu tak ada di dalamnya, ada sajak2 UA yang lain saja. Makcik tu kata dia cuma mau mencari sajak pendek untuk dibacanya saja pada satu majlis wanita. Saya tunjuk sajak saya. "Hmm tak sesuai. Orang biasa tok dengor le saj...

Pahit

Bolehkah kita benar-benar menyatakan kebenaran? Melemparkannya ke tengah-tengah ribut manusia? Tak mungkin. Tak mungkin ianya terjadi. Tiap tubuh menyimpan segala sesuatu, kita mengupas diri sedikit demi sedikit oleh pisau waktu, usia dan pengalaman. Kalau mengambil kata seorang filsuf yunani (tak ingat namanya) 'kebebasan hakiki adalah pabili kita membenarkan akal kita berpikir melangkaui rentangan, dogma, kepercayaan dan pelbagai lagi yang membataskannya'. Tapi kita tak dapat melakukannya. Kita punya keluarga, rakan2, negara, bangsa dan... agama. Apakah kesannya? Tak perlu fikir panjang. Lihat sekeliling. Pendam segalanya. Pandangan, buah fikir dan pertanyaan. Perihal kewujudan dan ingin tahu. Berbahagialah orang yang berani untuk mengisytiharkan pandangannya kepada awam. Mereka... bebas. Aku masih terkurung. Mungkin bila titik nafas terakhir menoktahkan usia, dunia baru terjelma dan segala sesuatu tak dapat lagi menangguhkan kebenaran.