Skip to main content

Posts

Pahit

Bolehkah kita benar-benar menyatakan kebenaran? Melemparkannya ke tengah-tengah ribut manusia? Tak mungkin. Tak mungkin ianya terjadi. Tiap tubuh menyimpan segala sesuatu, kita mengupas diri sedikit demi sedikit oleh pisau waktu, usia dan pengalaman. Kalau mengambil kata seorang filsuf yunani (tak ingat namanya) 'kebebasan hakiki adalah pabili kita membenarkan akal kita berpikir melangkaui rentangan, dogma, kepercayaan dan pelbagai lagi yang membataskannya'. Tapi kita tak dapat melakukannya. Kita punya keluarga, rakan2, negara, bangsa dan... agama. Apakah kesannya? Tak perlu fikir panjang. Lihat sekeliling. Pendam segalanya. Pandangan, buah fikir dan pertanyaan. Perihal kewujudan dan ingin tahu. Berbahagialah orang yang berani untuk mengisytiharkan pandangannya kepada awam. Mereka... bebas. Aku masih terkurung. Mungkin bila titik nafas terakhir menoktahkan usia, dunia baru terjelma dan segala sesuatu tak dapat lagi menangguhkan kebenaran.

Dalam Satu Duduk

Bila kali terakhir anda duduk dalam satu masa dan menghabiskan satu buku tanpa berkerak ke mana-mana? Atau buku yang kali pertama anda baca seperti kedudukan ituw? Saya ingat bacaan terawal saya ialah majalah Ujang. Kalau buku ianya bahasa inggeris, The Elephant Man. Saya tak perlu merujuk kamus kerana bahasanya mudah, disertai glosari dan tipis. Tapi kalau buku bahasa melayu ianya sudah pasti... err banyak. Mungkin Kai Di Lembah Urda, Hikayat Bahtera Raja Donai, siri khalifah Islam, atau Hikayat Amir Hamzah yang mana semua ini dibaca ketika sekolah rendah. Kemungkinan buku yang paling saya ingat dibaca dalam sekali harung ialah Cincin Permata Biru oleh Mior terbitan CESB kalau tak silap. Rasanya pada tahun 2004, Syahir rakan sehiphop saya tlah memesan supaya dibelikan buku itu yang ada dijual di kedai Ah Sang. Ianya siri yang kedua. Saya tahu buku itu tentang apa kerana pernah baca secara sorok2 semasa sekolah rendah. Sebab itu dia minta saya beli sebab kalau dia beli da...

Perabot, Ow Chay Ming dan Kuala Terengganu

Kredit gambar : appreciategood.com Ada banyak kisah tertinggal di balik longkang Padang Hiliran, kuih kasidah Cabang Tiga atau kafe siber hingar di Losong Haji Su. Kuala Terengganu iv kota kelahiranku kucintaimu:   kucintai selonggok ketenangan       tertanam dalam perut siput       terbenam dalam rambut lumut serpihan sajak kuala terengganu iv- Pemburu Kota 1973, T.Alias Taib. Selepas habis STPM aku terus berangkat ke Kuala Terengganu, tinggal bersama makcik di Cabang Tiga. Asalnya aku nak kerja ikut pakcik aku, di Pulau Perhentian. Tapi tak ada kerja kosong masa tu lalu berminggu juga aku melopong sebelum akhirnya aku mula bekerja di sebuah kedai perabot Ow Chay Ming. Kedainya terletak betul-betul di simpang tiga, berdekatan pasar besar Cabang Tiga bersetentang Warung Norazila yang terkenal itu. Tahun 2008 juga berlakunya pilihanraya kecil KT. Calon Pas ketika itu Mohd Wahid Endut melawan c...

Perbualan Bersama Pustakawan Jerantut

Slogan-slogan seperti ' membaca jambatan ilmu' atau ' buku jendela pengetahuan' , seingat saya pernah saya lihat pada dinding kelas-kelas di sekolah. Saya juga masih ingat, saya bacanya, sekadar membaca begitu saja tanpa apa-apa perasaan makna kan menyusup ke telinga hati saya. Tapi seingat saya juga, saya belum pernah melihat slogan-slogan itu dicat pada dinding perpustakaan daerah saya, Perpustakaan Awam Jerantut. Syukurlah, bukan itu yang kita mahu lihat. Perpustakaan adalah tentang pembacaan dan komuniti setempat, tentang budaya dan merapat dekat untuk pengetahuan yang wajar dipupuk sejak kecil. Kata Borgess 'saya sering membayangkan syurga itu ialah perpustakaan yang dipenuhi buku-buku'. Senyap-senyap saya sangat menyetujui pengharapan ini. Hari ini saya pergi ke perpustakaan pada jam 0915 selepas terlepas bas ke Kuala Lumpur. Lalu saya mula duduk di meja dan menulis sajak kerana idea bertalu-talu datang. Sedang saya ralit ...

Mencatat Hal-hal Rambang

Nama penuh saya ialah Abdullah Hussaini bin Mohd Ghazali bin Abdul Ghani bin Abdullah. Selebihnya saya tak tahu. Semasa saya sekolah menengah dahulu ada seorang rakan yang dapat mengingati nama ayahnya sehingga ke generasi ke 8 di belakang! Seperti pewaris sanad, dengan lancar ia menyebut nama2 itu. Oh, saya tak sedar saya telah memberitahu kamu nama penuh saya. Saya menelanjangkan diri saya! Tapi saya rasa semua penulis begitu. Tiap pribadi dan kisah hidupnya pasti dipercik pada penulisannya. Ketelanjangan dirinya disamarkan dengan fiksyen dan rekaan. Suatu ketika saya pernah ditanya 'mengapa tak pakai nama pena?' 'Bubuhlah nama Dolah Sungai Badak ker ?' (Sungai Badak merujuk nama kampung saya) 'Pakai nama Daniel baru in'. Entah mengapa saya tringatkan satu ayat 'pemakai nama pena hanyalah orang yang mempunyai agenda2 tertentu'. Saya tak berapa ingat siapa yang menuturkan ini, tapi, kalau tak silap, ianya datang daripada penuli...

Visual Realiti Sebagai Nostalgia

Biar saya mulakan catatan ini dengan pagi saya. Tepat jam 646 saya bangkit, mengecas fon yang terpadam, menjerang air, menggosok gigi, menutup dapur, mencuci wajah dengan air suam dan kemudian mandi. Saya solat subuh pada jam 7 dan kemudian membancuh kopi, membelek fon sebelum keluar berjogging.  Sepulangnya dari jogging saya membuat sambal dan makan bersama pulut. Seisi rumah juga turut bersarapan dan membasuh tekak dengan, sekali lagi, kopi. Seusai bersarapan saya terus pergi ke pinggir hutan untuk memotong rumput buat lembu-lembu saya. Sewaktu saya berada di kawasan belukar dan repuh itu, sambil memegang sabit, terbongkok-bongkok merabus rumput, mencekaknya dan memotong - saya terasa seperti Adil, watak dalam filem Bunohan di mana ada satu babak selepas dia dilarikan daripada pertarungan muay thai - dia meredah paya yang dipenuhi oleh rumput2 liar. Imej ini bukan kali pertama saya rasakan malah setiap hari bila saya berada di kawasan belukar yang berpaya-lecak it...

Mengutip Serpihan Maklumat dan Menyiat Fiksyen di Alam Sebenar

Sepasang mata saya adalah skalpel, gunting bandage, klem dan forsep dalam proses pencarian maklumat. Futuris Amerika yang terkenal dengan buku Future Shock dan Third Wave, Syaikh Alvin Toffler telah mempopulerkan terma information overload (ledakan maklumat) yang melimpah-ruah di kala zaman ini, zaman information explosion (letupan maklumat). Sering kita melihat dalam grup whatsapp atau facebook atau apa-apa media sosial, banyak sekali individu yang mengongsikan maklumat – yang mana maklumat ini seperti mesej berantai atau berita palsu telah diterima oleh kita, dan diulangkongsi tanpa melihat kesahihannya. Semua orang sudah patut sedar dengan virus sebegini yang semakin membarahkan. Seperti dalam salah satu cerpen Zainal Rashid yang menggambarkan pembunuhan boleh dilakukan dengan internet sahaja sebegitulah kita patut menjaga kehidupan dengan menajamkan mata untuk membuka minda. Saya bukan mahu bercakap perihal ini. Tetapi saya mahu pergi lebih jauh, iaitu pengaruh...