Skip to main content

Posts

Visual Realiti Sebagai Nostalgia

Biar saya mulakan catatan ini dengan pagi saya. Tepat jam 646 saya bangkit, mengecas fon yang terpadam, menjerang air, menggosok gigi, menutup dapur, mencuci wajah dengan air suam dan kemudian mandi. Saya solat subuh pada jam 7 dan kemudian membancuh kopi, membelek fon sebelum keluar berjogging.  Sepulangnya dari jogging saya membuat sambal dan makan bersama pulut. Seisi rumah juga turut bersarapan dan membasuh tekak dengan, sekali lagi, kopi. Seusai bersarapan saya terus pergi ke pinggir hutan untuk memotong rumput buat lembu-lembu saya. Sewaktu saya berada di kawasan belukar dan repuh itu, sambil memegang sabit, terbongkok-bongkok merabus rumput, mencekaknya dan memotong - saya terasa seperti Adil, watak dalam filem Bunohan di mana ada satu babak selepas dia dilarikan daripada pertarungan muay thai - dia meredah paya yang dipenuhi oleh rumput2 liar. Imej ini bukan kali pertama saya rasakan malah setiap hari bila saya berada di kawasan belukar yang berpaya-lecak it...

Mengutip Serpihan Maklumat dan Menyiat Fiksyen di Alam Sebenar

Sepasang mata saya adalah skalpel, gunting bandage, klem dan forsep dalam proses pencarian maklumat. Futuris Amerika yang terkenal dengan buku Future Shock dan Third Wave, Syaikh Alvin Toffler telah mempopulerkan terma information overload (ledakan maklumat) yang melimpah-ruah di kala zaman ini, zaman information explosion (letupan maklumat). Sering kita melihat dalam grup whatsapp atau facebook atau apa-apa media sosial, banyak sekali individu yang mengongsikan maklumat – yang mana maklumat ini seperti mesej berantai atau berita palsu telah diterima oleh kita, dan diulangkongsi tanpa melihat kesahihannya. Semua orang sudah patut sedar dengan virus sebegini yang semakin membarahkan. Seperti dalam salah satu cerpen Zainal Rashid yang menggambarkan pembunuhan boleh dilakukan dengan internet sahaja sebegitulah kita patut menjaga kehidupan dengan menajamkan mata untuk membuka minda. Saya bukan mahu bercakap perihal ini. Tetapi saya mahu pergi lebih jauh, iaitu pengaruh...

Review: Raja Donai Bahtera Kulit Kacang

Raja Donai Bahtera Kulit Kacang by Mat Diah bin Abdul Majid My rating: 5 of 5 stars Yesss!!! Akhirnya jumpa jugak. Inilah buku fantasi pertama aku baca masa darjah 2. Bukunya buruk waktu tu, tulang belakangnya tercabut dan isinya lusuh giler. Aku jumpa dalam pustaka dan aku mula baca dan... wow. Super wow (perasaan ketika itu). Aku larut dalam cerita pertarungan dan magis2 yang menggiurkan. Sudah tentu juga perihal kulit kacang yang boleh ditukarkan menjadi bahtera tu at2 menarik perhatian aku. Buku ini antara buku yang mencambahkan minat aku membaca! Fuhh nostalgia betul. View all my reviews

Review: Tiada Mausoleum buat Mussolini

Tiada Mausoleum buat Mussolini by Bintang Kartika My rating: 4 of 5 stars Saya bukan penggemas puisi kerohanian/relijus seperti Rumi atau Hafez atau Attar. Namun itu tidak bermakna saya bencikan hal keugamaan. Bagi saya kalau nak membaca hal keugamaan maka saya akan membelek puluhan kitab feqah, sirah, aqidah dll yang ada kat rumah saya tu. Tapi saya tak dapat nafikan ianya puisi yang superb. Ianya puisi yang bagus dan kalau sesekali di waktu hening dan sunyi menerpa, saya akan mencapai buku puisi mereka dan sekejap kemudian angin meniupkan dirinya membuatkan kelopak mengerlip, air mata berjujuhan dan malam menyembunyikan kedukaan yang selama waktunya bersembunyi. Jadi kerna hal itu saya tak dapat memberikan bintang penuh kepada kumpulan sajak ini. Kerna saya perlukan waktu spesifik, perasaan yang khusus untuk menikmati puisi2 relijus/kerohanian, maka tidakkah ini menunjukkan hal relijus/kerohanian ini sangat spesial sebenarnya? Bintang Kartika alias...

Tata-tata Dalam Kreativiti yang Lampawau

Saya ada terbaca komen oleh SM Zakir dalam facebook, yang membalas persoalan bahasa penulisan dalam penulisan kreatif, oleh seorang editor yang antaranya berbunyi 'bahasa (dalam karya) tak boleh rigid sangat nanti karya jadi menjemukan' Dalam dunia penulisan kreatif banyak sekali perbezaan2 daripada setiap penulis dan penerbit tentang hasil atau kefahaman mereka terhadap apa itu tata-tata yang sepatutnya ditulis. Ada beberapa orang berautoriti?  yang begitu rigid dan kerap menegur mana2 penulis yang ada kesilapan pada ayat posting (posting dalam istilah baru apa? Hantaran? What the heck?). Walhal kekadang tu ada je terselit komen2 dari kawan diorang yang jauh tak guna ejaan penuh atau tanpa kesalahan tatabahasa. Apesal? Media sosial adalah tempat yang menzahirkan fiksyen sebenarnya. Kecuali petikan2 atau pautan2 pada hal2 keilmuan, semuanya adalah catatan fiksyen, khayalan, gosip, rekayasa dan candaan sahaja. Syaikh Alvin Toffler pernah menyebut bahawa kini ialah era letupan d...

Review: Tinju & Peluru

Tinju & Peluru by Johan Radzi My rating: 4 of 5 stars 3.7 untuk kumpulan cerita pertama Johan Radzi ini. Aku mula membaca tulisan JR di jalantelawi.com yang pada ketika itu aku jumpa laman web itu ketika aku berjogging di jalan telawi dan ingin mengetahui port menarik di sekitarnya lalau menggugel dan jumpa web itu. Pada mulanya aku sangkakan JR sudah berumur 30 an kerana pada aku tulisannya, matang. Selepas mencari maklumat tentang beliau barulah kutahu beliau baru 20an. Malah kerana tulisannya di JT itu juga membuatkan aku menghantar cerpen ke situ dan tersiar. Saya pernah dengar dari orang DBP yang mengatakan cerpen Perempuan Yang Pulang ke Lautan asalnya dihantar ke DS tetapi telah dipassing kepada Tunas Cipta, mungkin kerana penulisnya masih muda. Saya fikir, penyiaran karya cerpen di DS sekarang tidak lagi begitu kerana sudah mula ada cerpenis muda yang bagus tersiar cerpen mereka di DS. Boleh dikatakan semua cerpen dalam Tinju Peluru ini m...