Skip to main content

Posts

SN Abdullah Hussain

Selain Ali Majod dan A.Samad Ismail, penulis lama yang saya gemari ialah Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Interlok adalah satu-satunya novel SN Abdullah Hussain yang saya baca. Karyanya yang lain turut saya baca ialah kumpulan cerpen Dari Kota Cahaya. Tentang Interlok yang pernah menjadi kontroversi sikit masa dulu, saya menggemari bagaimana Abdullah Hussain melukiskan tiga kisah kaum utama iaitu Melayu Cina dan India. Dari tiga kisah kaum ini saya dapat ingat beberapa adegan seperti Pak Utih yang menghisap rokok daun selepas menjampi ayah Seman, atau Maniam yang berjalan kaki tengah panas menuju ke estetnya atau babak ayah Cing Huat menyedut candu. Begitu juga dengan cerpen2nya. Malah sehingga sekarang saya boleh membayangkan bagaimana Maniam menghayun parang di ladang, Seman menyelongkar bawah rumahnya dengan marah-marah atau Cing Huat melayan pelanggannya di kedai runcit sambil getah sekerap bersenggayutan di luar kedai. Gaya dia menulis, seperti yang dikatakan Prof Lutfi Abas ...

Jarinya Grafiti Hitam Putih

Grafiti yang diconteng di mana-mana kebiasaannya bertag. Tag ialah tandatangan si pembikin grafiti tersebut. Ketika saya berada di tingkatan empat saya telah menconteng grafiti di dua kawasan dinding sekolah yang terpencil dan dua kawasan bangunan sekitar bandar yang baru siap. Pemilihan kawasan itu agak SAYA SENGAJAKAN. Kawasan dinding belakang bangunan sekolah itu menjadi port pelajar menghisap rokok sewaktu rehat, melepak sambil berbual atau kadang-kadang ada yang berkumpul untuk bergaduh jika berlaku suatu-suatu ketidakpuasan hati. Saya cuma guna spray dua jenis warna iaitu hitam dan putih dan saya conteng perkataan SOUL. Mengapa soul (jiwa)? Kerana ini ialah perkataan paling mudah diconteng dan jika diconteng ia boleh menjadi pelbagai corak jika anda kreatif. Dan saya juga berpendapat sekolah adalah kawasan yang telah kehilangan soul. Ianya seakan penjara (jiwa muda kan heheh) .  Dalam grafiti, setahu saya ada dua jenis stail iaitu throw up dan bubble. Saya rasa teknik saya ...

Selera Dalam Kepercayaan

Sebuah kedai makan dengan pekerja yang bermulut cabul, kadang-kadang angkuh tetapi makanannya sedap giler. Adakah kamu akan tetap makan di situ atau selepas cuma sekali di situ, makan dengan tidak berselera bila mendengar perkataan-perkataan tidak enaknya atau anda membalas kecabulannya atau anda diam tanpa kisah pun? Tapi makanannya kena dengan tekak kamu. Di tempat saya tinggal ini ada beberapa kedai sebegitu. Salah satunya menjual lauk yang tak ada di kedai lain dan, apa yang dia masak itu sangat sedapp. Pada mulanya saya agak terkejut dengan sikapnya tapi saya datang buat kali kedua kerana, makanannya yang dimasak sangat sedap dan ada kualiti. Kita tahu yang pekedai seharusnya melayan pelanggannya dengan baik. Tapi pakcik itu dengan selamba, kadang-kadang berbahasa kasar. Sdara saya pernah ceritakan pengalamannya. Ketika dia mahu meminta sudu daripada pekedai itu, pekedai itu menunjukkan sudu tanpa memandang ke arahnya dan berkata dengan nada tidak mesra 'carilah'. Sdara ...

Soalan Sebelum Cerita

Cerita adalah satu alat. Cerita adalah propaganda. Cerita adalah cerminan diri, perakam zaman dan pelbagai tafsiran lagi. Boleh jadi cerita adalah pengakuan penulis yang disamarkan. Namun sang pencerita(dalam konteks ini, penulis) sebenarnya bukanlah alat walaupun mungkin dia penulis upahan atau dibayar semata-mata untuk menulis. Seorang penulis, dia bercerita kerana dalam kepalanya mungkin ada ulat yang meruit-ruit ingin keluar. Mungkin ada sepohon durian yang sedang masak ranum dan buahnya tergolek jatuh dari kepala, durinya mengena tangan penulis lalu darahnya terpercik ke dalam skrin/kertas. Itulah idea/ilham yang melintas kepalanya. Alangkah rugi jika durian itu tak dikupas dan dimakan isinya yang manis lemak itu. Kalau A.Samad Said jika ditanya tentang bagaimana mahu menulis jawapan yang biasa kita dengar adalah 'baca baca baca'. Ianya memang tepat. Menurut Shahnon Ahmad pula, dalam salah satu eseinya yang termuat di dalam buku Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan, dia m...

Mimpi Ramadhan Lalu

Mimpi ini berlaku dalam bulan ramadan 17 lalu. Ianya salah satu mimpi yang meletihkan dan paling aku ingat rinciannya sampai sekarang. Kerana aku dan seorang tokan telah tidak sengaja melanggar lari seorang imam kacak berkurta sendat, aku telah disumpah menjadi syaitan. Hukumannya aku fikir tentu sangat berat kerana tugas kami menyesatkan manusia. Cumanya ia tidak terjadi. Sebaliknya aku telah dikurung dalam satu ruang parkir bawah tanah dengan udara kedap dan graviti rendah. Kami dalam gerakan slo mo, menanti dengan debar sekitar 2 jam dan muncul hakim-hakim berbaju panas GAP menggenggam kayu baseball dan dengan senyum gatal menyerbu. Hayunan demi hayunan sehingga kulit tersopek dan darah merah lencun. Kami cuba lari dan langkah-langkah kami tertahan-tahan, terlalu perlahan itu cuma kesia-siaan.  Kepedihan menggigit kulit dan titisan darah membasahi muka, hangat dan hanyir. Babak setrusnya agak melegakan. Aku meloncat keluar dari ruang tadi dan masuk ke dalam satu kelas. Aku me...

Dalam Mulutnya Bulan Serbuk Putih

Semalam saya terbaca satu berita tentang Jerantut dengan headline Jerantut pusat  maksiat dan judi. Beberapa bulan sudah tentang pusat judi mesin tular dan dalam grup fb daerah sekian banyak posting tentangnya. Ada satu posting menceritakan kawannya habis 1500 ringgit main slot mesin. Judi ini semakin menjadi-jadi. Kalau perkara ini tak dihentikan tak lama lagi semua nak muda (dan juga orang tua?) akan jadi tahi judi. Padahal Jerantut adalah BANDAR TAMAN TEGARA. Gateway to taman negara katanya. *** Aku teringatkan ketika aku tingkatan tiga. Semasa menunggu bas untuk pulang ke rumah selepas balik dari sekolah. Aku duduk di sebelah Dinesh (bukan nama sebenar) dan ralit membaca surat khabar jawi utusan melayu seksyen Gusti Bersama Macan. Dinesh sedang belek telefon nokia 1100nya. Di hadapan kami bersusun bekpek pelancong dan ada beberapa omputeh sedang membaca buku travel guide. Ada suatu suara parau berdengung di antara kami. “Hai orang2 putih ni, kalau dapat ke ora...

Catatan Pada Suatu Hari

Catatan Hari Ini Aku pergi ke sebuah bank yang terletak di hujung deretan bangunan kedai. Sementara menunggu giliran, aku menunggu di luar kerana orang masih ramai di dalamnya. Ada sebuah bangku batu lalu aku duduk di situ dan pemandanganku terarah ke kawasan seberang yang luas dan kosong dan ada satu dua pohon leban liar yang tumbuh. Aku ternampak seorang pak cik sedang berdiri tegak mendekati pangkal leban. Dari kedudukannya yang membelakangiku, kulihat kedua belah tangannya seperti membetulkan zip seluar khaki warna coklatnya. Dia berputar dan memgemaskan tali pinggang seluarnya dan mengangkat muka lalu memandang tepat kepadaku. Wajahnya seperti Otto von Bismarck yang pendek. Ini bukanlah kali pertama aku melihat lelaki kencing di merata-rata. Aku pernah ternampak di sebuah deretan gerai, di sudut paling hujung, ketika waktu tengah hari dan gerai itu sudah tidak beroperasi, seorang lelaki mencangkung lalu memancutkan air kencing. Dia tersengih-sengih lalu mengatakan padaku “Ta...