Skip to main content

Posts

Impian dan harapan 2017

Menjengah 2017 terasa umur kian terbeban dengan bermacam hal. Aku tak pernah menitip azam pada setiap tahun baru tapi aku selalu menanamkan impian dan harapan. Impian dan harapan ini tentulah hal yang berbeza daripada azam. Tapi keduanya mempunyai konotasi yang tidak jauh beza. Impian ialah angan-angan atau khayalan dan harapan ialah perkara yang kita inginkan. Keduanya akan membawa maksud yang kita mahukan perkara itu terjadi. Menarik nafas pada 2017 aku punya beberapa senarai impian yang aku harapkan menjadi kenyataan. Kali ini aku mau sentuh banyak tentang diri aku. Aku mahu jadi lebih pentingkan diri. Cukuplah perihal-perihal sekeliling; politik, ekonomi dan bla bla bla. Bukannya aku tak pernah ambil kisah pasal benda tu pun sebelum ni. Baiklah ini antara senarainya: Menulis sekurang-kurangnya 4 manuskrip. -Tahun ini aku mau lebih produktif dan tidak membuang masa. Aku mau kerja lebih keras. Empat itu sekadar paras yang aku letakkan saja. Jika boleh aku mau tulis satu bulan...

Seputar On Hiatus, Penulisan dan Menghantar Manuskrip.

Memang sudah lama saya tidak menulis di blog ini. Hampir dua tahun ianya tidak terusik langsung. Lagipun saya yakin blog ini tidaklah mempunyai pengikut pembacanya yang tetap. Kehilangan saya ini tentunya tidak dirindui orang. Ini bukanlah bermaksud saya tidak menulis terus, membenci dunia penulisan sehingga saya tidak lagi mengetik papan kekunci komputer. Tidak. Malahan saya telah memekar kemahiran saya dalam penulisan fiksyen. Mengapa fiksyen? Kerana realiti itu semakin menjemukan, merenyahkan dan memeningkan kita manusia ini. Jadi apalah salahnya memilih fiksyen untuk melarikan diri seketika daripada realiti yang menakutkan itu, bukan? Ada banyak yang hendak saya celotehkan disini. Tempoh hampir dua tahun tanpa kemaskini tentunya membuatkan saya mahu bercerita perihal yang banyak. Antaranya: 1.        Penulisan Sebenarnya minat menulis saya bercambah sejak sekolah rendah lagi. Semasa saya di sekolah menengah saya banyak tulis sajak. Sekarang e...

Dua malam di Hatyai.

Entri ni duduk dalam draf beberapa tahun lalu. Baru hari ni tergerak hati nak kemaskini dan post. salamualaikum dan sawadeekap.. hah. Cerita ni dah dekat dua minggu lepas, baru hari ni aku nak update. Semuanya tidak dirancang dari awal. Asalnya aku nak pergi australia. Ianya selepas aku dapat tahu yang seorang kenalan aku pernah kerja kat sana.  Kutip buah2 tu je. Tapi gaji dia masyuk. Setelah bersoal jawab cerita segala, aku dapat tahu kos nak pergi ke sana dekat 5k jugak. Cuilakak, aku cek akaun aku... Alahaiii... tinggal 2k je.  Aku agak kecewa sebab tu salah satu wishlist aku untuk tahun ni. Ni semua gara2 shopping punya pasal la ni. Satu hari selepas tu aku pergi KL sentral. Aku ternampak peta route jalan ktmb ke Hatyai. Eh, aku baru perasan ada keretapi terus ke sana rupanya. Aku terus buka phone dan search pasal backpackers  yang pergi ke Hatyai. Mak aih... cam best, kos pun tak sampai lima ratus. Keesokannya aku pun membeli tiket Ktmb untuk ke Hatyai bertarikh...

Lama sungguh

Lamanya tak update blog ni. Just nak share lepas raya itu hari berat aku naik wey, 96kg. Akhirnya aku ke gym kat Inderapura. Sekarang dah 2 bulan aku g sana. Dah tuturn 14kg. Tadaaa

Macai dan Yes man

Sejak tahun pasca PRU12 iaitu pada tahun 2008 sehingga sekarang istilah macai begitu popular sekali dalam kalangan pemain politik samada ahli politik itu sendiri atau rakyat yang mengikuti perkembangan politik negara yang sentiasa panas. Kebanyakannya memahami maksud macai ini ialah merujuk kepada individu yang membela partinya secara mengkhinzir buta walaupun partinya itu melakukan kesalahan. Ia juga boleh memberi makna seseorang ahli parti yang hanya tahu menjadi Yesman kepada bosnya tanpa ada banyak soal. Sebenarnya macai dah wujud lama, sejak zaman dahulu lagi. Mungkin dulu tak dikenali dengan nama macai, bisa dipanggil hamba, hulubalang, panglima atau pembesar. Kerna pada zaman dulu segala arahan atau perintah sang raja itu wajib diikuti tanpa soal. Kalau yang melawan maka jadilah seperti kisah klasik ‘penderhaka’ iaitu Hang Jebat. Kalau berdasarkan kisah ini semua orang pada zaman dulu dikira macai lah kan? Macai pada zaman moden lainlah sikit. Lain dari segi pemikiran mung...

Antara dua Lan

Dengan tak semena2 YB jerantet mencabar bosnya Ku Lan. Ramai ke hok menyokong dia ye? Ramai menjangka ku Lan akan kekal. Kerusi timbalan 50-50 jugek. Patetnye Hj Nazlan btanding timbalan atau naib, tapiii.. entohler,, Dia buat gitu mesti la ade hok menyokong dia juge kan. KAN LAGI BAIK KALU DIA TAK BTANDING JWATAN TU. Tapi sebenonye lg baik ame ku Lan undur diri secara terhormat. hmm.

Siapa pon ada masalah. Tenang.

Tatkala di tengah keramaian org sewaktu kerja membanting tulang sambil memegang tafsir alQuran pikiran tiba2 melayang Sedang keluh kesah.. memikir masalah adik nk bhenti sekolah kita duit tak ada bapak sepluh tahun  sekali baru nampak muka duit jangankan nak dirasa bau pun susah disapa lah oleh si pakcik 'knapa tmenung jauh nak' 'masalh pak' 'semua pun ada masalah, nabi dulu pun ada masalah' Aku terkasima, lalu ku tatp tafsir, ku baca dan fahamkan ia.. ya, semua orang punya masalah. Aku cuba optimis dan positif.