Skip to main content

Posts

Showing posts from December 13, 2018

Fikir setelah baca.

Komen ringkas setelah membaca buku.Aku berfikir maka aku ada, begitulah kata Rene Descartes dalam buku Wacana Tentang Kaedah. Dalam buku itu juga ia menegaskan betapa tiap insan itu sewajarnya tidak menerima bulat-bulat apa-apa kenyataan; fakta, naratif etc, dalam hidupnya.Dengan berfikir kita menerima kewujudan diri selain mengukuhkannya. Memang tak ada sebab mengapa kita mesti jadi pak turut. Kalau hanya tahu menurut tanpa soal ia sering mendatangkan akibat-akibat negatif. Kalau manusia-manusia di zaman sebelum Renaisan atau era Abbasiyah menelan bulat-bulat realiti-studi yang terhidang, tentulah mereka tidak berkembang maju. Dengan berfikir, dan sudah tentu membaca juga, kita meneroka kemungkinan-kemungkinan yang sebelum ini bermain di bawah tikar sangkaan. Sesudah diselak tikar itu, penemuan-penemuan itu memberi kita sebab, tujuan atau keputusan.Apa yang Descartes katakan lebih awal telah digagaskan pada era Yunani. Filsuf-filsuf pada zaman itu yang berfikir telah menolak mitos-mi…