Skip to main content

Posts

Showing posts from June 15, 2017

Sastera yang Tersekat di Lubang Hidung Malaysia

Benarkah sastera itu untuk sekian sekian sekian ? Tak mahu lagi membicarakan fasal seni untuk bla bla bla. Setelah melewati tempoh yang boleh dikira matang sejak zaman pra kemerdekaan, penulis di Malaysia patutnya bergerak ke hadapan dan meninggalkan polemik yang tidak berfaedah, meletihkan, sia-sia dan tak ada hasil.Penulisan di Malaysia akan lebih baik jika individu-individu yang punya autoriti dalam mengendalikan hal tersebut bersikap terbuka, banyak membaca karya luar bukan karya sasterawan negara sahaja dan sentiasa menganggap baik akan penulis-penulis baru yang membawa cara penulisan yang berbeza (atau sebenarnya lebih baik!). Kalangan penulis pula masih belum penat berdrama (di negara luar pun saya percaya ada namun kenapa nak dibandingkan hal yang buruk?) , kritikan yang berasaskan emosi tanpa pengesahan fakta, dan bla bla bla. Tak mengapalah sekurangnya ia masih lagi dalam lingkungan ilmu, sastera dan seni. Cuma yang memenatkan ialah polemik ini sudah patut disimpulkan dengan…