Skip to main content

Sastera yang Tersekat di Lubang Hidung Malaysia

Benarkah sastera itu untuk sekian sekian sekian ? Tak mahu lagi membicarakan fasal seni untuk bla bla bla. Setelah melewati tempoh yang boleh dikira matang sejak zaman pra kemerdekaan, penulis di Malaysia patutnya bergerak ke hadapan dan meninggalkan polemik yang tidak berfaedah, meletihkan, sia-sia dan tak ada hasil.

Penulisan di Malaysia akan lebih baik jika individu-individu yang punya autoriti dalam mengendalikan hal tersebut bersikap terbuka, banyak membaca karya luar bukan karya sasterawan negara sahaja dan sentiasa menganggap baik akan penulis-penulis baru yang membawa cara penulisan yang berbeza (atau sebenarnya lebih baik!).

Kalangan penulis pula masih belum penat berdrama (di negara luar pun saya percaya ada namun kenapa nak dibandingkan hal yang buruk?) , kritikan yang berasaskan emosi tanpa pengesahan fakta, dan bla bla bla. Tak mengapalah sekurangnya ia masih lagi dalam lingkungan ilmu, sastera dan seni. Cuma yang memenatkan ialah polemik ini sudah patut disimpulkan dengan satu persetujuan yang boleh kita berbeza pendapat tentangnya. Bukannya berterusan mengulang poin-poin yang pernah diulang oleh pempolemik sebelum-sebelum ini.

Baiklah, bergerak ke hadapan. Bagaimana? Benda ini rasanya sudah banyak dibangkitkan, dicoretkan dalam majalah, akhbar, kertas kerja atau laman sosial. Tinggal lagi perlaksanaannya. Tika dahulu (beberapa tahun sudah) muka depan majalah Dewan Sastera ada meletakkan tajuk Kuala Lumpur sebagai kota pelancongan sastera. Ini bagi saya merupakan salah satu usaha baik untuk menafaskan sastera Malaysia afar lebih segar dan muda.

 Antara yang disebutnya ialah mahu mewujudkan satu aplikasi sastera yang boleh dimuat turun dan aplikasi itubmeletakkan peta sastera di sekitar KL termasuk tempat-tempat tumpuan seperti DBP, Rumah Pena, Cm, dll.

Saya tidak tahu apa jadi dengan cadangan itu. Yang saya pasti gerakan itu sudah dimulai oleh penggerak-penggerak seperti LiteraCity, Moka Mocha Ink, Kota Buku, Buku Fixi dan beberapa NGO yang didanai. Projek seperti pemetaan sastera KL melalui Literatur, KLIF, dan beberapa pameran seni telah menunjukkan kesungguhan pihak ini. Cumanya pengelibatan masyarakat masih lagi pada tahap minimum.

Baik, berbalik kepada perihal seni untuk seni vs untuk masyarakat, atau peminat Persuratan Baru yang memandang sebelah mata pada pengkarya yang tidak Islami, jika anda sudah jelik dan jemu, saya cadangkan tangkap mereka semua dan humban ke dalam lombong lalu timbus mereka hidup-hidup.

Comments