Sunday, December 30, 2012

Buat pelajar Filem Malaysia

Salam alaykum.
Bismillahitaala.

Filem memainkan peranan penting dalam mencorakkan pemikiran masyarakat. Filem yang baik dapat memberi pengajaran yang berguna sebagai satu usaha mendidik anak bangsa. Tapi apa guna kalu filem 'baik' itu dihasilkan rating tontonannya kurang.

Di Malaysia banyak filem yang dihasilkan sama ada bertujuan komersial tau tidak. Kita lihat ada filem yang mempunyai promosi yang hebat seperti Merong Mahawangsa, Puteri Guning Ledang dan Dua Alam tapi kutipan hanya buat balik modal.


Ada juga filem yang mempunyai nilai seni dan sarat dengan mesej seperti Bunohan dan Dalam Botol. Filem seperti ini mampu raih anugerah kerna ia dinilai dari perspektif seni dan moral cerita. Malang bagi mereka (pengarah) kerana kalau hendak mendidik masyrakat dengan filem, mesej yang ingin disampaikan itu tidak perlulah terlalu tersirat. Selain pengarah perlu fikir cara yang kreatif bagi menarik penonton.

Satu lagi persoalan ialah benar atau tidak filem di Malaysia ini bersifat 1Malaysia? Adakah semua kaum lain turut serta menonton filem Melayu? Kalu kita lihat sendiri di pawagam nyata filem Melayu atau Malaysia itu tidak meluas tontonannya. Ada usaha-usaha untuk mengembalikan penonton filemMalaysia daripada semua kaum . Percubaan Afdlin Shauki (Papadom), Namewee (Nasi Lemak 2.0& Hantu Gangster) wajar dipuji. Walaupun filem yang dihasilkan itu punya mesej berbeza selain jalan cerita yang agak kurang menarik, sekurang-kurangnya mereka mencuba. Nyata karya-karya Arwah Yasmin Ahmad juga yang kontroversi itu turut berperanan sebagai penyatu rakyat Malaysia sebenarnya. Latar kehidupan yang dipapar dalam filem-filemnya adalah jelas berdasar pada realiti. Lalu kita terfikir, mengapa filem-filem yang mendidik ini kurang di pasaran?



Mind-set orang Melayu terutamnay adalah masih berpaksikan kepada total fun. Hiburan semata. Mereka kurang hendak mengambil pengajaran dari sesebuah filem itu. Lihatlah tema-tem,a filem yang capai box office. Tema cinta menjadi keutamaan. Ombak Rindu, Istanbul aku Datang dan sembilu membuktikan bahawa peminat filem Melayu menyukain tema cinta,konflik cinta dan sebagainya.

Bukan hendak kata salah. Tak ada salahnya dengan cerita sedemikian. Tapi cuba kita lihat berapa banyak filem Malaysia yang sejak 30 tahun lepas menampilkan tema kenegaraan? Atau agama?
Kalau di Indonesia bebera[a filem seperti Sang Pencerah, Alangkah Lucunya Negeri Ini dan Perempuan Berkalung  Serban mendapat liputan, filem-filem kita dimana?




Amerika walau cerita nya hebat dan berteknologi sekalimanapuun, dia tidak lupa untuk pamer semangat kenegaraan serta promosi negara mereka sebagi yang terbaik di filem mereka. Begitu juga dengan negara lai9n. Ada saja penampakan kepentingan  negra bangsa ditonjolkan dalam filem mereka. Sebenarnya orang-orang Malaysia, Melayu khususnya perl;ukan satu revolusi dalam industri perfileman. Filem-filem kita kaku. Cuba lihat filem corak kepolisan Gerak Khas The Movie, bandingkan ia dengan S.W.A.T ! atau filem Rempit dengan Sivaji The Boss? Mungkin juga cerita Anak Mami The Movie dengan Bruce Almighty?  Cuba bandingkan, pasti lah filem kita masih kurang dari segenap aspek. Sama ada dari segi dana, produksi, teknologi. Malah keberanian pengarah sesebuah filem itu bisa disoal. Agaknya berani kah filem di Malaysia ini menceritakan perihal rasuah polis sepertinya dalam filem Sivaji The BOss itu? Atau beranikah filem di Malaysia mengkritik kerabat diRaja dalam filem mereka?


Jika kita soroti sejarah, Seniman Agung Malaysia Allahyarham TS P.Ramlee adalah nyata seorang genius. Hatta filemnya sndiri  (Antara Dua Darjat) pernah diharamkan keran kritikannya terhadap double standard kerabat raja. Agaknya pada zaman sekarang beranikah penerbit dan pengarah berkarya dengan jujur? Mereka pasti takut. takut tak boleh jual filem, takut di banned, dan segalanya lagi.

Dasar dan sikap kerajaan yang masih belum terbuka sebenarnya turut penyumbang kepada kelesuan industri filem negara. Selain sumbangan dana terhad, kerajaan septutnya bersikap terbuka dengan karya-karya yang boleh membentuk pemikiran takyat.Cuma syukurlah sejak akhir-akhir ini kemunculan filem-filem serta drama animasi tempatan yang superb-superb belaka sedikit mmemberi semacam satu fenomena baharu untuk rakyat Malaysia.

Semalam di twitter sempat aku bertuit2 mengenai filem bersama Novelis Muda Hafimi Huzin dan Graduan Teater UiTM Sdr.Anwar Rusdini. Setelah berbincang-bincang, beberapa persoalan hendak kami lontarkan kepada pelajar dan graduan Filem UiTM, antaranya :
  1. Apakah standard filem di Malaysia?
  2. Kalu nama TS P.Ramlee sering dikenang,filem sering ditayang. Apa pandangan anda terhadap pelakon lain seperti Nordin Ahmad, Mat Sebtul dsb.
  3. Mengapa bahasa dalam filem sekarang tidak boleh 'kesat' sedangkan perkataan seperti bodoh,bahlul dsb sering diguna dalam filem2 tahun 60an dulu?
  4. Siapakah pengarah dan filem terbaik di Malaysia setakat ini?
  5. Bila agknya filem2 di Malaysia dapat capai standard setaraf luar negara?
Bersambung. (tak habes tulis lagi)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ratings and Recommendations

Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Jobdirumah